Dari e-fatwa diperoleh
bahwa hukum mengucapkan Ucapan Perayaan Agama bukan Islam adalah boleh. Asal
niatannya gk buat muji-muji agama tersebut dan cuman buat sosialisasi aja. Jadi
boleh boleh aja ya...
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan
Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan
Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahwa:
1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam
dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya
melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau
menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
2.
Walau bagaimanapun sekiranya amalan atau
perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau
hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka
ia dibenarkan oleh Islam.
3.
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau
mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail
atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam
sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat
ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama
bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan
mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan:
Bil
|
Tajuk
|
Bil. JKF
|
Tarikh
Keputusan
|
1
|
Muzakarah
Kali Ke-68
|
12 Apr, 2005
|
1 komentar:
Setuju, agama untuk kebaikan amalan vertikal Dan horisontal
Posting Komentar